Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kreteria penting dalam memilih sugar glider. Berdasarkan pengalaman saya, ramai orang membeli sugar glider baby tanpa melakukan kajian atau belajar dulu perkara-perkara penting sebelum membeli.
Disini saya senaraikan beberapa perkara asas dan wajib dimbil kira sebelum membeli sugar glider.
Umur sugar glider.
Sekiranya ada berhajat untuk membeli sugar glider. Umur yang terbaik adalah 10 minggu - 12 minggu out of pouch. Pada waktu ini joey mula aktif dan belajar. Sekiranya ada teliti dan bermain dengan baik. Joey akan lebih mudah bonding. Pada waktu ini juga joey mudah takut dan adalah tanggungjawab anda untuk mencipta kepercayaan dan perasaan selamat untuk joey. Setiap joey mempunyai kreteria berbeza. Berikan masa dan jangan terlalu memaksa.
Bulu ekor sugar glider biasanya mula kembang seawal umur 12 minggu.
Pilih penjual.
Sugar glider sangat sensitif. Perkara yang berlaku pada awal usia boleh memberi kesan berpanjangan pada sugar glider anda. Contohnya permakanan dan suasana tempat tinggal. Saya galakkan supaya beli daripada breeder dan home breed glider. Elakkan membeli di kedai sekiranya kedai tersebut tidak pakar tentang sugar glider. Kebanyakan kedai adalah trader, mereka membeli sugar glider dan menjual semula, kebajikan dan keadaan sugar glider biasanya tidak terurus berbanding sugar glider di tangan breeder, kebanyakan breeder akan menjaga glider mereka dengan baik kerana glider tersebut akan digunakan untuk breeding sekiranya tidak terjual.
Permakanan di kedai dan di sangkar seorang breeder juga berbeza. Kebanyakan breeder akan memberikan makanan yg baik berbanding kedai biasanya akan memilih makanan yang murah untuk meminimakan kos.
Pilih breeder yang mempunyai reputasi baik contohnya di facebook dan instagtam juga membantu.
Kesihatan sugar glider
Pastikan keadaan sugar glider sihat sewaktu membeli. Sugar glider yang sihat tidak kelihatan kurus dan nampak gemuk, tidak ada luka dan tidak ada kecacatan fizikal selalunya di ekor,jari dan telinga.
Bonus untuk yang sudah dipotong kuku
Paling baik jika sugar glider sudah dipotong kuku. Kelebihan sugar glider yang sudah dipotong kuku adalah ia lebih mudah jinak.
Jenis sugar glider
Terdapat pelbagai jenis sugar glider dipasaran. Ia bergantung pada selera dan budjet masing-masing. Saya mencadangkan pada yang pertama kali untuk membeli, baka classic grey, black beauty dan white face adalah yang sesuai. Harga yang tidak terlalu tinggi biasanya rm 150 - rm 400.
Jangan tertipu dengan kenyataan "baka australia" saya mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam haiwan dan TIDAK ada sugar glider yang dibawa masuk secara sah dari australia. Ini kerana kerajaan australia tidak membenarkan kebanyakan haiwan negara mereka di export keluar dan sugar glider jelas salah satu haiwan yang tidak dibenarkan. Maka adalah mustahil kenyataan baka australia dll. Kebanyakan sugar glider yang ada di malaysia adalah daripada thailand dan indonesia. Yang terbaik adalah yang dibiakkan di Malaysia kerana kesesuaian sugar glider pada cuaca disini. Melainkan anda berhajat untuk pindah ke negara lain selepas membeli sugar glider maka boleh la beli glider yang dibiakkan dari negara lain.
Jantina
Saya galakkan untuk ada beli sepasang. Tapi sekiranya ada alasan tertentu untuk anda beli seekor, maka jantina yang sesuai adalah yang bertentangan dengan anda. Sekiranya anda seorang lelaki maka pilih sugar glider betina. Tiada penjelasan secara saintifik dan ini berdasarkan pengalaman saya selama 8 tahun. Boleh saya katakan 85% berhasil.
Persediaan
Sebelum membeli sugar glider pastikan anda bersedia dan ada segala kelengkapan untuk sugar glider. Sangkar, sleeping pouch, bonding pouch, makanan dan multivitamin.
Lakukan kajian tentang cara menjaga sugar glider sebelum membeli.
JANGAN guna sangkar hamster. Sangkar hamster tiada jaring dibawah dan tidak sesuai untuk sugar glider. Sangkar khas sugar glider atau sangkar burung adalah yang terbaik.
Makanan yang biasa dimakan, tanyakan pada penjual anda apa yang biasa dimakan dan guna makanan yang sama, jika anda ingin tukar.. tukar secara berperingkat.