Sunday, August 21, 2016

10 Soalan Lazim Berkenaan Sugar Glider





Pengalaman saya sebagai penjual dan penternak sugar glider. terlalu banyak soalan sama yang diajukan oleh orang berbeza. Jadi saya mengambil keputusan untuk meletakkan 10 soalan yang biasa diajukan kepada saya berserta jawapan. Semoga bermanfaat.

  1. Sugar Glider makan apa?  
Setiap sugar glider mempunyai tabiat makan yang berbeza. contohnya ada sugar glider sangat suka mealworm dan ada yang tidak suka. Sebagai pemilik sugar glider anda harus tahu asas makanan sugar glider iaitu buah-buahan dan serangga. Serangga merupakan sumber protein dan kalsium bagi sugar glider. jadi kedua-dua kategori makanan ini MESTI ada dalam makanan harian sugar glider. Kekurangan kalsium dan protein boleh menyebabkan tumbesaran terbantut dan tulang yang tidak kuat mendorong kepada lumpuh.

     2. Selain serangga apakah sumber protein dan kalsium yang boleh saya bagi?

Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran yang berasaskan protein dan direka khas untuk sugar glider. Beberapa jenis yang terkenal di Malaysia adalah High protein wormbagoo, DPM = Daily Premium Mix , premium milk dll . manakala kalsium boleh juga didapati pada betik. pemberian betik 1x seminggu juga baik untuk sugar glider anda. Pengalaman saya menggunakan DPM adalah yang terbaik. malah saya gunakan produk ini sebagai makanan harian untuk memastikan kesihatan sugar glider saya sentiasa pada keadaan yg terbaik.

      3. Makanan yang tidak boleh dimakan.

Elakkan bagi makanan yang masam. makanan kucing juga dilarang. makanan kucing direka khas untuk kucing mempunyai protein yang tinggi. manakala sugar glider cuma memerlukan 40% - 50% protein sahaja. banyak lagi makanan yang berbahaya pada sugar glider antaranya coklat,makanan yang digoreng dll. sila rujuk artikel jenis-jenis makanan yang berbahaya pada sugar glider.

     4. Apa itu OOP?

OOP adalah singkatan kepada Out Of Pouch, sugar glider biasanya putus susu pada usia 2 bulan selepas out of pouch. 

     5. Bila sugar glider boleh mengawan dan membiak?

Sugar glider mula matang pada usia 6 bulan. dan kebiasaannya mula mengawan selepas itu. Tanda matang sugar glider jantan boleh dilihat pada kepala sugar glider yang mula menampakkan kesan botak di sebahagian kecil kepala.

     6. Berapa ekor sekali beranak?

Sugar glider boleh melahirkan anak 1 - 3 ekor dalam satu masa. 

     7. Kenapa ibu reject anak sugar glider?

Kes anak reject biasa terjadi. Punca-punca anak reject diantaranya ibu kurang susu,kurang makanan dan merasa terancam. Pengambilan magic mix untuk induk yang bunting sangat baik untuk mengelakkan risiko reject anak. Magic mix boleh membantu membanyakkan susu ibu dan secara tidak lansung memastikan anak dan ibu sugar glider kekal selamat dan sihat.

      8. Sugar glider saya garang. Apa nak buat?

Sugar glider adalah haiwan yang bijak. mereka boleh dijinakkan dan dilatih. kesabaran sangat penting untuk mendidik sugar glider anda.  saya ada kongsikan tips dan trick bagaimana menjinakkan sugar glider. boleh tonton di channel youtube saya SUGARGLIDERMALAYSIA 

     9 . Jenis - jenis sugar glider

Terdapat pelbagai jenis sugar glider, saya rasa anda boleh google untuk lebih detail. Di Malaysia . ada 5 jenis yang popular dan sering di cari.  1. Classic grey 2. White Face 3. Mosaic 4. Leucistic 5.Albino.

     10.  Asal usul sugar glider?

Sugar Glider merupakan jenis Petaurus Breviceps & merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari hutan di negara Australia, Papua New Guinea, Indonesiaa dan Kepulauan Bismarck. Mereka hidup secara koloni dan berkelompok .Haiwan ini telah diperkenalkan di Tasmania pada tahun 1835
Sugar Glider pada dasarnya menghabiskan masanya dengan berada di atas pokok dan lubang pada pokok dijadikan sebagai tempat tinggal.