HISSING
Bunyi berdesis seperti 'hisssss' selalunya bila
◆Baru bangun tidur dan gembira/excited nampak tuan dia/orang lain.
◆Bila tengah kencing atau berak. Bunyi hiss ini tersangkut-sangkut seperti orang meneran kerana sembelit. Ini tanda sembelit untuk suggie/penyakit UTI.
◆Bunyi hiss bercampur dengan bunyi 'clicking'/'chattering'. Menandakan dia gembira/senang hati. Selalunya bunyi yang bercampur hiss dan chatter/click ni ada bila dia tengah 'cuddle' atau baring bersama suggie lain atau juga di tangan anda/nampak anda dari jauh dari dalam cage/mana-mana tempat dan excited bila nampak awak berdekatan dan seolah-olah mengatakan "hey awak, datang sini mainlahhh!". Biasanya pada waktu malam ketika mereka baru-baru je nampak anda bangun menuju ke sangkar, dia akan excited dan buat bunyi begitu.
◆Selain itu, bunyi hiss ada bila dia tak suka dengan sesuatu, contohnya bila korang paksa nak pegang dia jugak dan dia nak larikan diri. Akhirnya dia buat bunyi hiss dan gigit jari anda sebagai tanda amaran supaya korang lepaskan dia. Korang pun boleh buat bunyi ni balik kat dia untuk benda yang sama dan dia akan berhenti buat apa yang dia sedang buat- seperti kaku, dan kemudian menyambung balik perbuatannya. Tapi bunyi hiss ini tandanya dia nak bermain atau korang memegangnya terlalu kuat sehingga dia naik rimas.
Nak cari pembekal sugar glider dan aksesori sugar glider? Click sini
Thanks for this post. I really enjoy your point of view on this topic.
ReplyDeletechemical peel treatment malaysia
anti-obesity medication in malaysia
facial treatment in malaysia